Tuesday, May 26, 2009

Nashreeq dah 1 tahun....26/05/09

Hari ini 26/05/09 genap usia Muhamad Izz Nashreeq 1 tahun. Rasa macam kejap sungguh masa berlalu. Masih terbayang-bayang lagi pengalaman aku bermastautin kat PPUM selama hampir sebulan sebelum melahirkannya.
Nashreeq..mummy dan ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di dunia dan akhirat. Moga Nashreeq jadi anak yang taat kepada Penciptanya, Pesuruhnya dan kepada kedua mummy dan ayah. Semoga Nashreeq menjadi anak dan manusia berguna suatu hari nanti..Amin!

26/05/08....hari pertama dia melihat cahaya dunia

masa ni rasa cam baiknye dia tak banyak ragam...

26/05/09..1 year after that....

makan apa saja...janji kenyang!

Anak bongsu kesayangan kami...Happy birthday sayang!

Selamat Pengantin Baru Kak Nde...


Tanggal 23 - 24hb. Mei 2009, babysitter aku Kak Jamaliah dan Pak Raja melangsungkan walimatul urus anak bongsu mereka Raja Syareen dan pasangannye Azam. Syareen ni anak-anak aku panggil dia Kak Nde dan dia rapat sungguh ngan anak bongsu aku Nashreeq. Majlis nih tak de rewang macam selalu tapi penat juga sebab gotong royong dari hari Sabtu. Bukan apa mereka ni dah macam keluarga kitorang so kena laa tolong apa yang patut. Tema mereka Hijau Lumut Berona Krim..aku pun tak tau camner nak explain...hihihi

Pelamin..bunga pahar tu telurnya telur asin..adat Jawa sebelah mak perempuan.





Sedang bersanding dipelamin nan indah.


Senyuman penuh makna dari Raja Sehari. Selamat Pengantin Baru ..moga kekal hingga hujung nyawa!
Raja Syareen & Azam

Thursday, May 21, 2009

Najib bertunang 2hb Mei 2009

2hb. Mei 2009 keluarga aku menyampaikan hasrat adik lelaki aku yang nombor 7, Mohd. Najib untuk menyunting bunga idaman, Kartina. Lepas kenduri doa selamat kami pun berangkat ke Merlimau. Pendek cerita, hantaran pihak kami bertemakan Hijau Segar..hantaran hasil kerjasama aku, adik aku Syam dan ipar aku Wati. Hasilnya seperti yang boleh dilihat dalam gambar dibawah. Nak tempah??..boleh dirunding!

Rombongan pihak lelaki bergambar...
Sirih junjung

Hantaran dari pihak lelaki
Kek Bertunang

Cincin 2 bentuk..bertanya & bertunang

Potpuri ganti bunga rampai

Buah epal ngan anggur


Dekat 10 kereta gak laa yang pergi menghantar. lagi pun kebetulan ramai yang balik sempena cuti Hari Buruh. So jangkanya pada 10/10/10 le majlis besarnya.


Along..kalu amik gambar tak posing gitu tak sah!
Rombongan dari sebelah pihak lelaki
Sedang berbincang mengenai hantaran....

Mak Lang, Mak Long (kakak ayah) dan Mak Tunggal

Mak aku

Bila tiba part sarung cincin nih ..berebut -rebut nak masuk bilik..mak aku malas nak buat..tapi kami suruh juga.


Alhamdullillah ...selamat!

Upacara sarung cincin
Kartina..bakal ipar perempuan yg ke 3

Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin

I'm 40!!!!!....29th. April 2009

29hb. April 2009..genap umur aku 40 tahun. Bila tengok tang nombor..eeeeii..ngeri..tapi bila tengok kat cermin..tak rasa pun dah fourty. Rasa masih lagi early 30's gitu. Walau macam manapun "apa ada pada nombor". Birthday kali nih macam dulu gak celebrate waktu hari kerja. Aku belanja kawan opis KFC..Kawan aku, Zue sponsor kek carrot dari secret recepi..sodap!..
Hadiah?...Emmmmm.. dah lama aku nak beli ear-ring tapi asyik tak dapat je..so tetiba tahun nih birthday aku, my loving hubby hadiahkan idaman aku selama ini. Thank you dearest!
Anak-anak just bagi ucapan jee..Along kata nak bagi hadiah tak de duit..tak pee..bila ada duit nanti jangan buat-buat lupa pulak!
Hadiah ear-ring dari suami tersayang!

Celebrate birthday kat opis..kek carrot dari Mak Bonda