Raya tahun nih adalah raya terakhir kami dengan arwah Hjh. Che Mah binti Che Mat, kakak ayah yg. no. 3..aceally ayah ada 3 org kakak. Yg no. 2 Allahyarhamah Che Nah Che Mat dah meninggal kira2 22 tahun yg lalu di Mekah..yg. sulung Che Long Che Mat pon dah semakin uzur.
Arwah Mak Lang ni, kebiasaan dia kalu pagi raya, dia akan siap2 duduk menunggu tetamu kat sofa yg memang dah ada kat beranda dapur dia. Memang tiap kali raya situ ler tempat kami semua menjamu selera. Dan arwah tak pernah lokek menghulurkan duit raya kepada cucu2 sedara dah tak pernah 'miss' bagi duit raya kat ayah sebab ayah adah
favorite' brother dia..boleh runding mcm2 hal..
Tapi raya kali ni, Mak Lang dah tak tunggu kami macam biasa kat sofa luar tu..Pagi tu kami di beritahu masa kat masjid, Mak Lang tetiba tak sihat. Bila kami datang ke rumah, dia terbaring lemah kat katil dapur. Tetiba ada satu perasaan 'lain macam' aku rasa bila aku salam dan cium pipi dia.."sejuk"..Muka Mak Lang pun pucat semacam.
Mak Lang memang ada penyakit jantung..tapi the strange feeling keep on coming inside my mind. Aku ingat aku sorang je yg perasan. Rupanye my hubby also thought and felt the same thing. Tapi dia just bagitau aku bila aku bagitau dia on the 2nd raya yg Mak Lang aku baru meninggal dunia.
Untuk Mak Lang..Moga Mak Lang ditempatkan di samping ummat yg soleh. Permergianmu di pagi Jumaat yg hening dan di dalam bulan yg mulia.. AL FATIHAH!