Sunday, May 2, 2010

Birthday Niyaz 9 tahun

11/02/2010 genap usia Niyaz 9 tahun. Seperti biasa satu kek utk dia dan di nikmati bersama'tetamu-tetamu rutin" siapa lagi kalau bukan adik-adik dan kedua ayah dan bondanye..hihihihi.

Kek kali ni special skit sebab bukan 'kedai made' tapi 'home made' but bukan made by mummy tapi mummy made the tempahan..hahahahahah..sebab mamat ni minat sangat kat Ben 10, maka design nye kali ini kartun itu lee..
antara tetamu yg hadir...hiihihihihi

dah slow le tuu..kalu idak dia yg hantu kek coklat

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Huihh..lamanye tak update blog. So, terlanjur dah ada PC sendiri kat rumah ni diharap aktiviti blogger tak akan tergendala. Terlalu banyak aktiviti yg nak di update sampai tak tau mana satu nak masuk dulu. Apa-apa pun..mari kita layannnn!!!!

Masa cuti sekolah baru ini, hubby bawak budak-budak tu berjalan ke Pusat Sains Negara, Muzium Islam dan merata KL. Nampak cam seronok jee..iye ke?

posing maut gitu!

nak pi mana tu Uda?

Along & Abg

Our future 1st Lady Astronouts

Robot di masa hadapan

Tak dapat masuk Da Vinci punye pameran, dpt bergambar kat depan entrance pon jadik lee

Saturday, January 2, 2010

Graduation Day Uda

Anak aku yg no. 4 grad dari PASTI. Memang dia nih 'popular' lee..baru melangkah masuk Mualimah dia dah tau dah aku nih ibu Muhamad Izz Nazzhan. Walaupun tak dapat tempat terbaik tapi aku bangga sebab walaupun dia masuk di 'hujung' waktu tapi dia mampu untuk tulis nama sendiri , menghafal hadis dan beberapa surah al quran..dah pandai melihat jam analog..dan yg penting rajin dan aktif bertanya dan belajar...

Uda..belajar bersungguh-sungguh ye..Insyaallah kejayaan akan sentiasa mengiringi setiap usaha Uda.

Bakal al-Hafiz ....insyaallah







Yessss! Uda dah Grad!!!!!

Team Building 2009..Selesa Beach Resort, PD

Team Building kali ini di buat di Selesa Beach Resort, PD pada 7/10/09 selepas tertunda dekat 2 bulan sebab H1N1...Excited nak pergi sebab nak enjoy all the activities...first day tu ok laa..tapi masuk 2nd day..aku cirit-birit daa...so terlepas lee acktiviti hari ke 2 dan karaoke yg aku dok idam-idamkan..nak men'yumbang'kan lagu..tp paling sakit ati bila kawan aku bawak makanan BBQ..punye lee nampak sedap..tp aku temgok jee..sebab tak de selera...COBAANNNNN!!!!

Mula grup Ceria...
pas tu tukar jadi Aruna..Director pun satu grup ngan aku
ni laa kapal terbang kami..kerja kumpulan Aruna
mau tempah kaa???
antara 'banduan' yg di syaki cuba sabotaj grup mereka
3 Dara pinggitan..actually 2 je yg dara..lagi sorang tu dah mak dara
Santai sebelum mula acara
malam dinner..tema Masquerade..aku bantai jee..janji ada topeng..hihihih


Gathering 2009 Rumah Is..ada manis ada pahitnya

Pada 14 Oct. 2009, akhirnya setelah terpaksa di tunda ke tarikh yg semua boleh hadir maka berkumpul laa kami LS10 89/90 sekali lagi dan kali ini destinasinya ialah rumah Isnazhana di Bandar Teknologi Kajang. Bermacam juadah yg tersedia untuk kami semua nikmati tapi bukan juadah yg kami kejar tapi yg lebih penting bertemu semula kawan-kawan lama yang telah sekian lama tidak berjumpa. Tapi ada gak yg sempat bisnes telekung lagi...Cuaca ari tu pun ala-ala syahdu dengan hujan yg kadang lebat..kadang renyai. Ada yg datang dengan family, ada yang datang 'single'..ada yg dijangka tak dapat datang tapi last minute menjelma jua..ada yg dah confirm 'on the way' tapi malangnya kemalangan di pertengahan jalan. "Ain..moga kita dapat berkumpul lagi di lain ketika"...Ini lah yang dikatakan "Manusia hanya merancang TAPI Allah yg menentukan"...


Sibuk tolong tuan rumah menghidangkan makanan.
Info: yg pakai spek tu hubby Mah..yg t-shirt biru tu hubby aku with my youngest son


Che Yah and her son

entah apa laa dok bincang tu..CT & Mak Bonda

Mak Bonda, Abg. Labu & Is...yg lain tu anak-anak Mak Bonda lee

Ha & Mak Bonda..Ha tu masih cute sama cam dulu-dulu


Antara yg hadir pada hari itu...
Info: Kak Zah, Che Na, Che Yah, Mak Bonda, Abg, Labu,Jerd, Is, CT, Ha & Aca
Not In the Picture: Mah, Shima

Ha & Mah..sebelum Mah & Shima pi spital jengok Ain


5 Mak Dara & I Dara...hihihihi

Aku & Ha...hihihihihi

Raya Cookies

Raya tahun ni terlebih vitamin "R". So, kami buat le sejenis dua cookies raya. Bukannye apa, menunaikan permintaan anak-anak dan sambil mencuba resepi baru dan kemahiran diri. Bila dah buat tu,rasa puas hati e/though terpaksa berjaga lewat malam dan bermacam dugaan lagi...butter tak cukup laa..cupcake tak cukup laa...dan yg paling banyak menduga ialah bila si kecik asyik ke dapur mintak sikit. Diam tak diam 4 jenis kuih aku buat. Dapat laa di agih-agihkan pada mak, mertua dan rumah kami sendiri. Insyaallah panjang umur tahun depan boleh buat lagi....

Biskut Arab


Cornflakes Madu..paling di gemari anak-anak aku


Green Princes..biskut paling banyak dugaan..berjaga sampai kul 2.30 pagi.


Biskut Hazelnut Ball...anak-anak makan hiasan love tu aje...