Tuesday, June 30, 2009

Happy 13th Birthday to Along









Hari ini kira-kira 13 tahun dulu, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg di PPUM. Nama "Musfirah" itu adalah pilihan suami aku yang membawa maksud "Yang Cantik dan Berseri". Hari ini di sambutan ulangtahun dia yang ke 13, Along jauh di Melaka. Nak telefon tak boleh, almaklum budak sekolah mana boleh bawa h/phone. So, kena tunggu dia call le petang ni. Tapi cammaner pun Along, Mummy & Ayah tetap akan doakan yang terbaik untuk Along. Jadilah insan yang mulia dan semanis nama yang telah di berikan. Kadang terdetik juga satu rasa 'kehilangan' bila Along tiada di sisi kami. Namun, demi sebuah kejayaan yang kami impikan untuknya untuk dijadikan contoh dan teladan kepada adik-adik, kami redha kan juga ..harap Along faham dengan pengorbanan dan perjalanan yang sedang Along tempuhi sekarang...



HAPPY BIRTHDAY ANAK KU..MOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, PINTAR DAN DIBERKATI ALLAH SENTIASA..AMIIINNN!



Wednesday, June 17, 2009

Picnic kat Air Terjun Tekala, Semenyih...

Sempena minggu cuti sekolah baru ni, aku & hubby dah plan nak bawak anak-anak pi mandi air terjun. Puas kami ronda semua air terjun kat Ulu Langat tu..last-last kami pilih Air Terjun Sg. Tekala. Not bad juga..cuma orang agak ramai & kami terpaksa cari 'port' agak jauh kedalam hutan lipur tu..nasib baik ada wakaf kosong.First time pi air terjun nak masuk kena bayar..patutnye kami kena RM5.00 tapi ticket operator tu kata RM3.00 jee..okey lee.

Persiapan untuk picnic nih aku rancang seminggu sebelumnya. Siap ada menu apa nak dibawa. Banyak kali juga kena reject dgn hubby. Kami tiba jam 11 pagi. Seperti biasa aku goreng lee apa yg patut dulu sementara hubby dan budak-budak tu berendam..bila dah selesai..it's my turn plak nak berendam (ooppss.)..punye laa syok berendam sampai terlupa nak snap gambaq..hihihihi


buat muka kesian nak mintak makan..dah puas berendam!

Nashreeq...dah kesejukan dan kepenatan sampai tertidur akhirnya

Sejukkkknyer Mummy!!!

Makan time!Berselera aje kalu dah sejuk-sejuk tuu..

antara menunye..Mee Hoon Goreng Kampung

Coney Dog...resepi dari blog Hanieliza

Fun Fries...siap segalanye

Nuggets

Kat belakang wakaf kami nih ada aliran sungai kecik..memang sesuai utk kerja cuci-mencuci

pemandangan dari atas wakaf..kena harung air paras lutut...