Monday, July 20, 2009

Projek di hujung minggu..

Hemmmm..entah kenapa hari ini aku begitu bersemangat yang luar biasa untuk memasak. Pagi untuk breakfast, aku mulakan dengan membuat Omelet..telur dadar yang letak filling and cheese dan dimakan dengan sosej, roti dan baked beans. Menu ini adalah hasil pemerhatian aku kepada chef kat cafe astro yg selalu buat Omelet tiap Isnin dan Rabu. So balik rumah aku cuba try test uji.. ini lah hasilnya....

Omelet..breakfast kami pagi itu

Lepas itu, nak cuba pula oven yg hubby belikan sempena birthday aku tahun lepas. Punya lama oven tu terperuk kat bawah meja, lalu hari ini secara rasminya aku menggunakannya untuk membuat Kek Gula Hangus. Resepi adalah ihsan dari kawan aku Isnazhana. Penyediaan agak mudah. Tapi disebabkan 'pertapaan' kek ini telah diganggu oleh my hubby, maka sebab itu kot 'sarang' kek ini tidak berapa menjadi..but anyway..not too bad for the first trial..

ni le hasilnya..'sarang' kek yg tak berapa nak menjadi

Kek yg sedang di bakar dlm oven yang baru nak digunakan

Sebelum buat kek, aku teringin sangat nak buat Shepperd's Pie. Punya laa nak mencari resepinya, akhirnya Shima yang berikan resepi. Cukup mudah esp. cara nak buat mashed potato tu..hubby cakap lepas nih belajar pulak cara buat gravy dia. Buat Shepperd's Pie nih aku tak follow sangat resepi, aku tambah apa yang ada dalam fridge aku. Bila dah siap..pergghh!!..rasa cam tak caye lak ..To tell you the truth, Shepperd's Pie ini memang kegemaran anak-anak. Not adviseable for those whose on diet..hihihihihihi

ini saje je ..ada lebih inti and mashed potato..aku makan lee gitu aje..tabur skit pepper..LAYAN!!!!

Shepperd's Pie yang dah sedia untuk di wallop!!!!

Ready to go into the oven!

mashed potato..sonang sungguh rupanye nak buat dia!

Inti yang memang kaya sungguh dengan pelbagai sayuran

Monday, July 6, 2009

Balik kampung makan rambutan

Weekend baru nih, aku ngan family adik aku kat Gombak tu balik kampung. Tujuannye tak lain tak bukan iye lah nak makan buah rambutan. Tengah masak ranum sekarang nih. Pokok rambutan nih mak-ayah aku tanam masa rumah mak aku tu mula di bina. So dah dekat 25 tahun umur pokok nih. Rambutan merah nih sebatang je pokoknya kat laman rumah mak. Pokok rambutan gading ada 2 iaitu kat belakang rumah ngan kat belakang bilik aku. Tapi tahun ini rambutan gading tak berapa nak menjadi buahnya sebab masa dia masih putik dulu tengah musim panas, so banyak le gugur dari yang lekat. Bukan takat kami turunkan buah rambutan aje ari tu..siap kena potong dahan pokoknya sekali sebab dah merimbun sangat..


Si botak ku Nadheef..
Gotong-royong..turunkan buah rambutan dan gergaji dahan pokok sekali

Ini le sebahagian dari buah yg di turunkan..ada lagi kat atas pokok tu!

ni pokok rambutan gading kat belakang rumah..tak berapa nak menjadi buahnya..

fuyoooo...sedap dan manis sungguh !

ini le pokok rambutan merah kat laman rumah tuu...nampak sikit je buahnye..tapi sebenarnya banyak sebab buah terlindung celah daun..Kena pakai buluh tupang dahan sebab terlalu berat dek buah

buah yang terlindung di celah dedaunan

satu lagi pokok rambutan gading kat belakang bilik aku

meleleh air liur aku!

Sports Day Nazzhan...

Sepatutnye on the 6th June ari tu Nazzhan ada Sports Day kat Padang Bola Seksyen 24. Katanya dia masuk acara lari bawa bola dan lari sambil bawa bola pingpong dalam sudu. Punye laa excited kawan nih. Latihan untuk sukan nih aje dekat one week. Tapi bak kata orang "Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan"..tiba hari yang sepatutnya, atlet kami nih tak boleh turut serta kerana di serang sakit mata dan demam. Kesian!!! Tapi itulah kan..ingatkan kalau dah tak pergi itu tak ada laa dapat apa-apa. Tapi dia balik dari sekolah ari tu, di bawanya trofi dan hadiah sukan. Katanya "Uda dpt hadiah sukan no. 3"..Gelihati aku.."jadi la Uda..upah penat Uda berlatih seminggu tu.."


Aku laa juara...

Trofi dan botol air..hadiah Sports Day