Friday, March 20, 2009

Kenduri house warming, 1st anniversary & cukur jambul...

15 Mac 2009 adik aku Hisyam buat kenduri 3 in 1..House warming sempena masuk rumah baru dia kat Taman Sri Gamelan, Kuala Sungai Baru, Melaka..1st anniversary diorang dan juga cukur jambul+ aqiqah putera sulung Mikhail Ammar Rifqi yang baru berusia 3 bulan.
Sebagai memenuhi jemputan dan sempena cuti sekolah ni kami berangkat laa balik ke kampung. Ingatkan dia buat catering..rupa-rupanya rewang.Apa lagi 'kerahan tenaga' laa..penat nye YA RABBI!..kalah kenduri kawin.
Nasib baik laa keluarga mentua adik aku pun ada sama. Lauk pauknya boleh tahan juga...tengok le sapa yang siang bawang!..hihihihi

Syam & Wati..mak aku suap pulut sempena 1st anniv. diorang..

Mikhail...sukanye dia!!!!

Majlis berendoi pun ada...

adik aku hat no. 6..Idah
Along aku..Yati

Mak aku tengah 'solo'...

Grup marhaban mak aku

buah hati terbaru mak & ayah aku..cucu ke 23

Mikhail:Apsal orang asyik amik gambar aku je nih..

dari kiri : Fizah, Mak Lang (kakak mak), Idah, (duduk) adik ipar Noor & anak dia Faez Aimar

Lin & Mikhail
Adik perempuan aku Lin & pakwenye Shanaz..

Mikhail Ammar Rifqi..
'Ayah pengantin'..adik aku Syam & mak ...ada je barang yg terlupa nak beli

Ayah, adik ipar (Hafiz) & adik aku Fizah..kontrak potong daging

Wednesday, March 11, 2009

Denggi Ohh Denggi

Dugaan untuk kami di bulan March 2009.
happy nya dapat balik..
meriah dikelilingi anak-anak...

tak semena-mena 2 orang anak bujang aku kena denggi. Mula-mula si abang..abang baik si adik pulak sambung. Susahnya ialah masa tu juga laa Hospital kekurangan tempat nak letak patient.Nak jaga abang senang tapi si Nazzhan ni, perlu banyak kesabaran sebab memang terlalu banyak karenahnya. Pletlet turun saja. Lepas tu masuk hari ketiga aku minta izin doktor untuk bawak dia keluar sekejap sebab dia dah tension abis dok kat dalam wad. Sempat laa bawa dia ke Tesco. Sambil tu aku beli ketam untuk dibuat sup.Bila dah buat dia tak nak makan. Apa lagi aku paksa dia hirup juga sup tu dengan straw. The next day pletlet dia naik dari 142 ke 213.
So kepada sesiapa yang di serang denggi, minum laa sup ketam banyak-banyak.
kena paksa makan sup ketam & air 100 plus
antara aktiviti utk hilangkan boring..kemas bilik mainan

tension tak boleh balik

Rutinnya, setiap pagi selama 4 hari itu kena asyik pi test darah sebab nak tengok pletlet turun ke naik. Tiap kali itu juga laa berguguran airmata dia time nak kena cucuk.

nganga mulut..sakit kee??

time check pletlet darah..macam berani

kalu dah datang demamnya..macam ni laa..baring aje

Niyaz ni demam sama dengan baby. Tapi baby kebah, abg. lang dia tak. Bila bawak klinik, doktor syak denggi. Kena laa refer hospital. Confirm denggi dan kena warded 3 hari. Jaga dia nih tak banyak cerewet. Siap boleh tinggalkan dia semalaman sorang-sorang kat spital. Dia ni kalau tengok macam tak sakit sebab apa saja semua dia wallop.
masih berselera makan..

muka orang tension dok spital

Reunion

LS10 89-92...Wow!!! Hampir 17 tahun lamanya since our first day in ITM, Jln. Othman, Petaling Jaya. Kalau 17 tahun dulu semuanya baik yg perempuan maupun lelaki masih ramping dan ganteng..tapi after 17 years..hihihihihi..saksikan lah sendiri 'pengembangannya"..

Aku gabungkan kat sini Reunion yg kami pernah hadiri..the first one was at Bukit Beruntung kat rumah Che Na if I'm not mistaken..masa itu kami buat pot luck..ramai juga yg hadir..after that reunion among the ladies kat Hotel PJ Hilton..that was awesome..after that on 2005 yg kami adakan di rumah Saniah di Oakleaf Condominium kat Bukit Antarabangsa which was so happening..dan yg terbaru semasa kenduri kahwin anak Shima di Cheras. Eventhough tak mampu kami nak kumpulkan semua (we've tried to)...tapi a big thanks to yg tak pernah miss kalau ada reunion macam ni..esp. to Che Na, Azmir, Zue...harap our next reunion semua boleh hadir..dan may we keep up this kind of activities sampai bila-bila...

Reunion umah Shima..2009
Reunion Umah Saniah..dekat pool..2005

banyak sungguh makanan..
Antara yg dpt hadir

Shima & Hubby

Aku & Hubby...tembamnye..hihihi

Aca & Ain

Zue & Jamal

Happy 8th Birthday Niyaz

11hb. 02 hari tu genap 8 tahun umur Abg. Lang. Aku tempah kek untuk dia kat opis. Kat Astro ni ada tempat jual kek datang dari Palace of Golden Horses. Not bad juga harga dan rasanya.Bukan main happy member bila dapat kek. Ayah dia bagi hadiah replika kereta F1..aku tak bagi apa pun sebab dah sponsor kek. Tapi dia nak juga hadiah..so the next day aku belikan dia coklat.Dia kata ini bukan hadiah. Ini makanan..nak hadiah gak..banyak songeh budak nih!
Semoga murah rezeki dan panjang umur!
birthday boy sedang memotong kek

kek birthday..tempah kat opis je..sodapp!

Muhamad Izz Nashreeq..menjelang genap 10 bulan

Diam tak diam dah nak dekat 10 bulan umur anak bongsu kami ni. Dia ni tak banyak karenah cuma lasak dan agresif sikit.Gigi dah ada 6 batang. Badan pun dah mula naik. Babysitter kata dia dah kuat makan sekarang. Pagi makan bubur, tengahari makan Nestum, petang plak babysitter bagi makan biskut. Dulu dia ni air kosong tak mau langsung. Sekarang kalau bagi air kosong sekali pandang aje dah abis.Kalu dia menyusu, tak sah kalau dia tak mengentel atau tarik rambut orang yang duduk dekat dengan dia.Yang selalu jadi mangsa Abg. Chik laa. Abg. Chik dia panggil Nashreeq ni "Kiki"..sebab dia tak pandai nak sebut "Baby". Sampai sekarang semua orang dok panggil dia Kiki. Paham pulak tu.Kalau dah duduk dalam Walker, berhati-hatilah sebab dia nih belum ada 'lesen' lagi. Habis semua orang dilanggarnya.

dah ngantuk sangat le tu

muka orang tak de mood

tengok apa tu?

apsal masham je muka tu cayang mummy

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008

Tahun lepas Marsya & Niyaz cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun mereka. Oleh sebab pihak sekolah tak dapat membuat upacara penyampaian hadiah tahun lepas maka ia telah ditunda ke tahun ini. Aku tak dapat pergi so suami dan 2 orang mamat macho itu saje yang dapat pergi.
Tahniah anak-anak ku. Usaha tangga kejayaan.Terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran kerana hanya itu sahaja harta yang mampu ayah dan mummy berikan kepada kalian semua.
Control macho!

Marsya..Anugerah Kecemerlangan 2008 Tahun 5..tempat pertama

Niyaz...Anugerah Kecemerlangan 2008 Tahun 1 ..tempat kedua

Nazzhan & Nadheef..nak tengok Angah & Abg. Lang dapat hadiah

ASTRO FEST 2009

Astro Fest tahun nih di sambut dalam hujan. Habis lencun aku anak-beranak. Tapi alhamdullillah hujan tak lama. Masih juga tidak berkesempatan untuk main permainan yang disediakan sebab nak kena rush balik Melaka hantar Along. Macam mana pun Nazzhan dan Niyaz sempat juga buat Mount Climbing. Mula ingat dia takut, hmm..lepas sekali nak dua kali..tiga kali..lama-lama kami kata..dah cukup tuu. Sempat juga bergambar dengan maskot Disney. Tahun lepas takut tapi tahun ni selamba je diorang bergambar.
dengan Donald Duck

Along, Nazzhan & Nashreeq bersama Mickey Mouse

Tengok kamera laa nak!

Berkelah di Hutan Lipur Lentang

Hari tu kami ke Felda Sg. Kemahal, Triang, Pahang atas jemputan kenduri adik bongsu abang ipar. Oleh kerana perjalanan pergi-balik kami memakan masa satu hari suntuk, maka suami aku cakap kalau ada masa kita singgah Hutan Lipur Lentang. Hutang Lipur Lentang nih kalau dari H/way memang tak nampak. Kena buat U-Turn kalau dari KL.So lepas je abis kenduri kami pun bertolak balik. Seperti dirancang, kami singgah di sini. Oleh sebab jam sudah hampir pukul 6 petang, kami peruntukkan satu jam aje untuk anak-anak berendam.
Aku teringin gak tapi macammana bleh terlupa bawak persalinan. Lagi pun baby kecik tu sapa nak jaga. Masa kami sampai hujan baru saja teduh. Jadi air sedikit keruh. Tapi kalau dah jenis 'anak itik'..keruh ke idak..janji air terjun..berendam juga.
Nadheef paling banyak 'terminum' air sebab kena benam ngan ayah dia. Gitu gini dekat pukul 7 juga baru kami bertolak balik ke Shah Alam.
Anak-anak : Lain kali kita datang lagi ye ayah..
Ayah : Ok..lain kali kita camping kat sini
mandi kat lipur lentang..memang kena mandi terlentang lee

Niyaz:sejuk laa mummy..jom laa mandi
Mummy: terima kasih je le.

anak-anak itik yg terlepas dari reban

mandi jgn tak mandi

nadheef dah tobat..asyik kena benam je

main kat tepi jee..tengah tu air laju

dah naik kecut pun tak nak berenti berendam lagi

freeeezzeee....ehhh! peaacceee!@