Sempena minggu cuti sekolah baru ni, aku & hubby dah plan nak bawak anak-anak pi mandi air terjun. Puas kami ronda semua air terjun kat Ulu Langat tu..last-last kami pilih Air Terjun Sg. Tekala. Not bad juga..cuma orang agak ramai & kami terpaksa cari 'port' agak jauh kedalam hutan lipur tu..nasib baik ada wakaf kosong.First time pi air terjun nak masuk kena bayar..patutnye kami kena RM5.00 tapi ticket operator tu kata RM3.00 jee..okey lee.
Persiapan untuk picnic nih aku rancang seminggu sebelumnya. Siap ada menu apa nak dibawa. Banyak kali juga kena reject dgn hubby. Kami tiba jam 11 pagi. Seperti biasa aku goreng lee apa yg patut dulu sementara hubby dan budak-budak tu berendam..bila dah selesai..it's my turn plak nak berendam (ooppss.)..punye laa syok berendam sampai terlupa nak snap gambaq..hihihihi










No comments:
Post a Comment