Ayah aku Sgt (B) Awaludin Che Mat dah berusia 67 tahun. Bekas tentera dari unit MP (Polis Tentera). Masa dia askar dulu kami anak-anak cukup takut kat dia..garang Ya rabbi! Tapi selepas dia bersara masa aku form 6, dia dah mula tone down.
Ayah aku sekarang nih dah tak sekuat dulu. Sekarang dia asyik nak pitam aje dan tak boleh berdiri lama.Pernah dia accident balik dari kerja berlanggar ngan van..masa tu aku ingat ayah aku dah tak ade. Alhamdullillah Allah masih panjangkan umur ayah aku. Ayah aku ni bukan type yang boleh dok diam. Ada aje aktiviti dia nak buat selain melepak kat kedai kopi kat kampung aku. Kalau nak tau ayah aku ni pandai memasak. Kalau pekena laksa, lemang yang dia buat..perggg..makan sekali nak 2 kali...Moga ayah panjang umur, sihat tubuh badan dan di murahkan rezeki selalu. Aminn..
Mak plak selalu kami panggil Datin Ramunah Yasin sebab aktif dia dalam UMNO mengalahkan YB. Walaupun dah meniti usia 64 tahun tapi aktiviti dia dalam seminggu tu penuh sampai ayah aku merungut sebab nak kena hantar dan jemput dia. Marhaban laa, WI laa mesyuarat JKK laa..macam menteri..hihihihi.
Tapi sibuk macammana sekalipun kalau ada anak atau cucu yang sakit pasti dia akan jengah juga. Aku beruntung sebab tiap kali aku bersalin dia lah yang jaga aku.Nampak macam dah tak larat dah tapi dia gagahkan juga..tak terbalas jasanya. Mak aku nih pun tak berapa sihat. Bergantung pada ubat darah tinggi tiap masa.Dengan mak laa aku belajar cara masak yang pelik-pelik dan cara buat kuih dan kek.Terima kasih mak! jasa mu ku kenang jua..
No comments:
Post a Comment