Ini dia permata kami..
Anak yang sulung namanya Musfirah. Ayah dia yang pilih nama ni. Lahir kat PPUM pada 30 Jun 1996 dengan berat 3.3 kg. Dia nih menurut saudara mara ada iras aku masa kecik-kecik..tapi bila aku tengok tak de pun..dia nih adik-adik panggil "Along" . Seorang yang keras hati dan a bit kasar ngan adik-adik tapi really bertanggungjawab dan boleh diharap."Namash" ialah perkataan pertama yang keluar dari mulut dia selain dari "ayah". "Namash" itu maknanye panas!
Anak kedua Marsya Athirah (bukan Marsya Milan Londoh yee..) Lahir di Mawar Medical Centre pada 6 September 1997 dengan beratnye 3.5 kg. "Angah" nih agak tomboy skit perwatakan dia tapi sangat penyayang kepada adik-adik. Boleh dikatakan adik-adik lebih 'prefer' Angah laa dari Along bila tiba part nak kena mandi. Perkataan yang kami masih ingat sampai laa nih dari dia ialah "Ketoketola" @ Coca Cola.
Anak ketiga kami, Haa! Selepas puas menunggu untuk nak anak lelaki akhirnya pada 11 Feb. 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7 kg. Kenapa yang seorang nih 'tersesat' kat GH, panjang ceritanye...tapi biarlah aku pendekkan. Masa mengandungkan dia nih tiap kali pegi buat check-up doktor akan kata "baby you menyonsang" atau "baby you melintang". So, sampai ke tahap akhir pun masih macam itu juga, maka kami mengambil keputusan untuk bersalin aje di GH, kot kot laa nak kena operate. Sebab company aku cover separuh aje kos hospital. Tapi nak jadi cerita last minute masa aku dah nak bersalin tu, baby nih pusing dan 'engage'. So lahirlah baby boy kami yang pertama dan diberi nama Muhamad Izz Niyaz. Ayah dia jugak le yang bagi nama tu. Niyaz atau "Abg. Lang" nih dari baby sampai laa umur dia 3 tahun asyik keluar masuk hospital aje. Masa umur 4 hari kena sunat sebab masalah tak boleh kencing. Lepas tu dengan masalah asthma lagi. Sampai nenek dia suruh aku 'jual' anak aku ni kat adik aku . Bukan mahal pun...50 sen aje. Dia ni pun ada few perkataan 'comel' nya. Antaranya ialah "Protron @ Proton", "Capeitiau @ Char Kuew Tiau" & "Kujak @ Juga".
Anak keempat pun lelaki. Yang ini lagi kes haru masa nak melahirkan dia. Angin tak ada ribut tak ada tup-tup masa nak bersalin tak 'engage'. Doktor kata kepala dia besar. Kena laa aku operate. Kes naya betui! Pasal apa, kami pilih Pantai Medical Centre untuk bersalin. Saja nak merasa hospital mahal. Lagipun masa mengandung tak ada masalah pun. Tanggal 10 Okt. 2003 lahir la Muhamad Izz Nazzhan. Aku laa yang pilih nama tuu. Nak tau berapa berat dia? Berat dia 4.23 kg. Sebabnya masa mengandungkan dia aku ada kencing manis.Dia nih banyak gak perkataan kontroversi macam "Tika @ Kita", "Teka @ Kereta" & "Apealui @ BMW". Nazzhan @ "Abg. Uda" nih dia aktif sikit compared dengan si Abang. Dia paling minat kereta dan siap boleh kenal kereta apa.Shopping centre favourite dia TESCO!
Anak kami yang kelima lahir pada 24 Ogos 2006. Muhamad Izz Nadheef. Puas aku dok cari nama dalam Internet. Berat dia masa lahir ialah 3.4 kg dan lahir di PPUM. Jangkanya dia nih terpaksa di operate tapi alhamdullillah aku dapat melahirkannya secara normal. Nadheef @ "Abg. Chik" nih a bit reserve orangnya. Tapi bila kena 'gu' dengan Abg Uda..mau berantakan rumah kami.Nadheef ni kalau dia demam kami kena sentiasa alert sebab pernah kena 'fit' akibat demam panas masa baby. Nasib baik tak ada apa-apa. Orang yang jaga dia masa tu pun dah arwah dah. Dia ni belum ada perkataan mengancem yang boleh dijadikan kenangan kat kami lagi.Tungguuuu...
Anak yang bongsu (iye keee..) Muhamad Izz Nashreeq lahir pada 26 Mei 2008 menerusi pembedahan sebab aku mengalami komplikasi Placenta Previa @ Uri Bawah tahap 3. Berat dia 3.1 kg dan kira yang paling kecik le dalam ramai-ramai tu. Dia nih dah mula menunjukkan ciri-ciri Abg. Udanya..Aktif dan lasak. Letih bila pegang dia lama-lama...
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment