Monday, July 6, 2009

Balik kampung makan rambutan

Weekend baru nih, aku ngan family adik aku kat Gombak tu balik kampung. Tujuannye tak lain tak bukan iye lah nak makan buah rambutan. Tengah masak ranum sekarang nih. Pokok rambutan nih mak-ayah aku tanam masa rumah mak aku tu mula di bina. So dah dekat 25 tahun umur pokok nih. Rambutan merah nih sebatang je pokoknya kat laman rumah mak. Pokok rambutan gading ada 2 iaitu kat belakang rumah ngan kat belakang bilik aku. Tapi tahun ini rambutan gading tak berapa nak menjadi buahnya sebab masa dia masih putik dulu tengah musim panas, so banyak le gugur dari yang lekat. Bukan takat kami turunkan buah rambutan aje ari tu..siap kena potong dahan pokoknya sekali sebab dah merimbun sangat..


Si botak ku Nadheef..
Gotong-royong..turunkan buah rambutan dan gergaji dahan pokok sekali

Ini le sebahagian dari buah yg di turunkan..ada lagi kat atas pokok tu!

ni pokok rambutan gading kat belakang rumah..tak berapa nak menjadi buahnya..

fuyoooo...sedap dan manis sungguh !

ini le pokok rambutan merah kat laman rumah tuu...nampak sikit je buahnye..tapi sebenarnya banyak sebab buah terlindung celah daun..Kena pakai buluh tupang dahan sebab terlalu berat dek buah

buah yang terlindung di celah dedaunan

satu lagi pokok rambutan gading kat belakang bilik aku

meleleh air liur aku!

No comments:

Post a Comment