Sepatutnye on the 6th June ari tu Nazzhan ada Sports Day kat Padang Bola Seksyen 24. Katanya dia masuk acara lari bawa bola dan lari sambil bawa bola pingpong dalam sudu. Punye laa excited kawan nih. Latihan untuk sukan nih aje dekat one week. Tapi bak kata orang "Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan"..tiba hari yang sepatutnya, atlet kami nih tak boleh turut serta kerana di serang sakit mata dan demam. Kesian!!! Tapi itulah kan..ingatkan kalau dah tak pergi itu tak ada laa dapat apa-apa. Tapi dia balik dari sekolah ari tu, di bawanya trofi dan hadiah sukan. Katanya "Uda dpt hadiah sukan no. 3"..Gelihati aku.."jadi la Uda..upah penat Uda berlatih seminggu tu.."


No comments:
Post a Comment